PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 103 ms. 238-ms. 239 per. 2
  • “Datanglah Kerajaan-Mu”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • “Datanglah Kerajaan-Mu”
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah Tujuan Tuhan bagi Bumi?
    Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
  • Apakah Tujuan Tuhan bagi Manusia?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Bermulalah Kehidupan yang Susah
    Buku Cerita Bible Saya
  • Apakah Tujuan Tuhan bagi Bumi?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 103 ms. 238-ms. 239 per. 2
Orang dewasa dan kanak-kanak menikmati kehidupan di Firdaus

CERITA 103

“Datanglah Kerajaan-Mu”

Yehuwa telah berjanji, “Tangisan, kesakitan, penyakit, atau kematian, tidak akan ada lagi. Aku akan menyapu segala air mata mereka. Semua perkara yang buruk sudah lenyap.”

Pada mulanya, Yehuwa ingin Adam dan Hawa hidup dengan aman dan bahagia di Taman Eden. Mereka harus menyembah-Nya sahaja dan memenuhi bumi dengan anak cucu mereka. Walaupun Adam dan Hawa tidak taat, tujuan Yehuwa bagi manusia tidak berubah. Buku ini menunjukkan bahawa semua janji Tuhan pasti ditunaikan. Seperti yang dijanjikan-Nya kepada Abraham, Kerajaan-Nya akan membawa berkat di bumi.

Orang dewasa dan kanak-kanak, serta binatang liar hidup bersama di Firdaus

Tidak lama lagi, Syaitan dan semua pengikutnya akan dilenyapkan. Semua orang akan menyembah Yehuwa. Manusia tidak akan jatuh sakit dan mati. Kita akan sentiasa bertenaga dan menikmati kehidupan kita. Bumi akan menjadi Firdaus. Semua orang akan mempunyai makanan yang berkhasiat dan tempat tinggal yang aman. Tiada orang akan bersifat ganas atau kejam. Sebaliknya, kita akan bersikap baik hati. Kita akan berasa selamat apabila bersama binatang yang liar, dan binatang pun tidak akan takut kepada manusia.

Kita pasti gembira apabila Yehuwa membangkitkan orang yang sudah mati. Kita dapat berjumpa dengan umat Tuhan pada zaman kuno, seperti Habel, Nuh, Abraham, Sara, Musa, Rut, Ester, dan Daud. Kita akan berganding bahu untuk menjadikan bumi sebuah firdaus. Sudah pasti kita akan melakukan banyak kerja yang menarik.

Yehuwa ingin adik hidup di Firdaus. Adik akan mengenali Yehuwa dengan lebih baik lagi. Marilah kita menghampiri Yehuwa setiap hari, mulai sekarang hingga selama-lamanya!

“Ya Yehuwa, Tuhan kami, Engkau layak menerima kemuliaan, kehormatan, dan kuasa, kerana Engkau menciptakan segala sesuatu.”​—Wahyu 4:11

Soalan: Apakah perubahan di bumi yang akan dilakukan oleh Kerajaan Tuhan? Setelah membaca tentang watak-watak Bible dalam buku ini, siapakah yang ingin adik jumpa di Firdaus nanti?

Wahyu 21:3, 4; Ayub 33:25; Amsal 2:21, 22; Yesaya 11:2-10; 33:24; 65:21; Matius 6:9, 10; Yohanes 5:28, 29; 17:3

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi