PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr20 April ms. 1-5
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2020
  • Tajuk Kecil
  • 13-19 APRIL
  • Mencari Permata Rohani
  • 20-26 APRIL
  • Mencari Permata Rohani
  • 27 APRIL–3 MEI
  • Mencari Permata Rohani
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2020
mwbr20 April ms. 1-5

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

13-19 APRIL

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KEJADIAN 31

“Yakub dan Laban Membuat Perjanjian untuk Berdamai”

(Kejadian 31:44-46) Oleh itu, marilah kita membuat perjanjian, dan perjanjian ini akan menjadi seperti seorang saksi antara kita berdua.” 45 Maka Yakub mengambil sebuah batu lalu menegakkan batu itu menjadi batu peringatan. 46 Yakub berkata kepada saudara-saudaranya, “Kumpulkanlah batu!” Lalu mereka pun mengambil batu dan membuat sebuah timbunan batu. Kemudian mereka makan bersama-sama dekat timbunan batu itu.

it-1 758 per. 7

Galed

Setelah Yakub dan Laban menyelesaikan pertengkaran mereka dan membuat perjanjian, Yakub mengambil sebuah batu lalu menegakkan batu itu. Kemudian dia menyuruh “saudara-saudaranya” untuk membuat sebuah timbunan batu. Barangkali timbunan batu itu berbentuk seperti sebuah meja, dan mereka makan di situ. Selepas itu, Laban memanggil timbunan batu itu “Yegar-sahaduta” dalam bahasa Aram (Siria), manakala Yakub memanggilnya “Galed” dalam bahasa Ibrani. Laban berkata, “Timbunan batu [Ibr., gal] ini adalah seperti seorang saksi [Ibr., ʽedh] antara kita berdua hari ini.” (Kej 31:44-48) Timbunan batu itu (dan batu yang ditegakkan oleh Yakub) adalah seperti saksi kepada semua orang yang lalu di situ. Seperti yang dinyatakan di ayat 49, timbunan batu itu juga dipanggil “Menara Pengawal [Ibr., mits·pahʹ],” dan menjadi bukti bahawa Yakub dan Laban telah bersetuju untuk mengekalkan kedamaian antara mereka dan antara keluarga mereka. (Kej 31:50-53) Pada kemudian hari, batu juga digunakan sebagai saksi.​—Yos 4:4-7; 24:25-27.

(Kejadian 31:47-50) Laban menamakan timbunan batu itu Yegar-sahaduta, tetapi Yakub menamakannya Galed. 48 Kemudian Laban berkata, “Timbunan batu ini adalah seperti seorang saksi antara kita berdua hari ini.” Itulah sebabnya timbunan batu itu dinamakan Galed. 49 Timbunan batu itu juga dinamakan Menara Pengawal, kerana Laban berkata, “Biarlah Yehuwa memerhatikan kita semasa kita berjauhan. 50 Jika kamu melayan anak-anak perempuanku dengan buruk, dan jika kamu mengahwini wanita lain, walaupun tiada orang yang melihatnya, ingatlah bahawa Tuhan menjadi saksi antara kamu dengan aku.”

it-2 75

Menara Pengawal

Timbunan batu yang dibuat oleh Yakub dipanggil “Galed” (bermaksud “Timbunan yang Menjadi Jaminan”) dan “Menara Pengawal.” Kemudian Laban berkata, “Biarlah Yehuwa memerhatikan kita semasa kita berjauhan.” (Kej 31:45-49) Timbunan batu ini merupakan jaminan bahawa Yehuwa akan memerhatikan sama ada Yakub dan Laban menunaikan perjanjian mereka atau tidak.

Mencari Permata Rohani

(Kejadian 31:19) Semasa Laban pergi menggunting bulu biri-birinya, Rahel telah mencuri patung-patung terafim kepunyaan bapanya.

it-2 1018

Terafim

Penemuan arkeologi di Mesopotamia dan kawasan sekitarnya menunjukkan bahawa sesiapa yang memiliki patung-patung terafim dapat menuntut harta warisan. Menurut sekeping batu bertulis yang ditemui di Nuzi, anak menantu lelaki yang memiliki patung berhala keluarga dapat membuat tuntutan atas harta mendiang bapa mentuanya di mahkamah, di bawah keadaan tertentu. (Ancient Near Eastern Texts, disunting oleh J. Pritchard, 1974, ms. 219, 220, dan nota kaki 51) Barangkali Rahel berfikir tentang hal ini dan menyimpulkan bahawa dia patut mengambil patung-patung terafim bapanya kerana bapanya telah menipu suaminya Yakub. (Bandingkan Kej 31:14-16.) Oleh sebab patung terafim berkait rapat dengan hak untuk menuntut harta warisan, Laban ingin sekali mendapatkannya semula, sehingga dia sanggup membawa saudara-saudaranya untuk mengejar Yakub selama tujuh hari. (Kej 31:19-30) Sememangnya Yakub langsung tidak tahu apa yang telah dilakukan oleh Rahel (Kej 31:32), dan tiada catatan yang menunjukkan bahawa Yakub pernah cuba merampas harta warisan Laban dengan menggunakan patung-patung terafim. Selain itu, Yakub tidak pernah mempunyai apa-apa kaitan dengan patung berhala. Pada kemudian hari, keluarga Yakub dan semua orang yang bersamanya menyerahkan patung-patung berhala mereka kepadanya. Selepas itu, dia telah menanam semua benda itu, termasuk patung-patung terafim, di bawah pokok besar dekat kota Sikhem.​—Kej 35:1-4.

20-26 APRIL

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KEJADIAN 32-33

“Adakah Anda Bergelut untuk Mendapatkan Berkat?”

(Kejadian 32:24) Semasa Yakub seorang diri, ada seorang lelaki yang datang lalu bergelut dengannya sehingga matahari mula terbit.

w03 15/8 25 per. 3

Adakah Anda Mencari Yehuwa dengan Bersungguh-Sungguh?

Ayat-Ayat Suci mempunyai banyak contoh tentang orang yang mencari Yehuwa dengan bersungguh-sungguh. Salah seorang daripadanya ialah Yakub. Dia bergelut dengan malaikat yang diutus oleh Tuhan sehingga matahari mula terbit. Hasilnya, Yakub diberikan nama “Israel” yang bermaksud “Dia yang Bergelut dengan Tuhan.” Hal ini kerana dia berusaha keras dan tidak berputus asa untuk mendapatkan berkat Tuhan. Maka, malaikat itu memberkati usahanya.​—Kejadian 32:24-30, nota kaki.

(Kejadian 32:25, 26) Semasa lelaki itu sedar bahawa dia tidak dapat menang, dia menyentuh sendi pinggul Yakub. Maka semasa Yakub bergelut dengannya, sendi pinggulnya terkehel. 26 Selepas itu, lelaki tersebut berkata, “Lepaskanlah aku, kerana matahari akan terbit.” Tetapi Yakub berkata, “Aku tidak akan melepaskan kamu, selagi kamu tidak memberkatiku.”

it-2 1046

Tempang

Yakub Menjadi Tempang. Semasa Yakub berusia kira-kira 97 tahun, dia telah bergelut sepanjang malam dengan malaikat Tuhan sehingga malaikat itu memberkatinya. Semasa pergelutan itu, malaikat itu menyentuh sendi pinggul Yakub sehingga sendinya terkehel. Akibatnya, Yakub menjadi tempang. (Kej 32:24-32; Ho 12:2-4) Biarpun malaikat itu berkata bahawa Yakub “telah bergelut dengan Tuhan [malaikat Tuhan] dan manusia, dan akhirnya [dia] menang,” Yakub sebenarnya tidak mengalahkan malaikat Tuhan yang perkasa. Yakub hanya dapat menang kerana Yehuwa membenarkannya untuk bergelut dengan malaikat itu agar Yakub dapat menunjukkan bahawa dia amat menghargai berkat Tuhan.

(Kejadian 32:27, 28) “Siapakah namamu?” tanya lelaki itu. “Yakub,” jawabnya. 28 Lelaki itu berkata, “Namamu bukan lagi Yakub. Mulai sekarang kamu akan dipanggil Israel, kerana kamu telah bergelut dengan Tuhan dan manusia, dan akhirnya kamu menang.”

it-1 1063

Israel

1. Nama yang diberikan oleh Tuhan kepada Yakub sewaktu dia berusia kira-kira 97 tahun. Semasa Yakub merentasi Sungai Yabok dalam perjalanannya untuk berjumpa dengan abangnya Esau, dia telah bergelut dengan satu malaikat pada waktu malam. Oleh sebab Yakub enggan berputus asa dan terus bergelut dengan malaikat itu, namanya telah ditukar menjadi Israel sebagai tanda bahawa dia telah mendapat berkat Tuhan. Untuk memperingati peristiwa ini, Yakub telah menamakan tempat itu Peniel atau Penuel. (Kej 32:22-31) Pada kemudian hari, di Bethel, Tuhan sekali lagi berfirman bahawa nama Yakub telah ditukar menjadi Israel. Sejak itu, Yakub sering kali dipanggil Israel sehingga dia meninggal. (Kej 35:10, 15; 50:2; 1Ta 1:34) Nama Israel telah muncul dalam Bible lebih daripada 2,500 kali, tetapi kebanyakan merujuk kepada bangsa Israel, yang merupakan keturunan Yakub.​—Kel 5:1, 2.

Mencari Permata Rohani

(Kejadian 32:11) Aku mohon, selamatkanlah aku daripada abangku Esau. Aku takut dia akan datang dan menyerang kami semua, termasuk anak-anak dan ibu-ibu.

(Kejadian 32:13-15) Setelah bermalam di situ, Yakub mengambil sebilangan daripada ternakannya untuk dihadiahkan kepada abangnya Esau. Hadiah itu ialah 14 200 ekor kambing betina, 20 ekor kambing jantan, 200 ekor biri-biri betina, 20 ekor biri-biri jantan, 15 30 ekor unta yang sedang menyusui anak unta, 40 ekor lembu betina, 10 ekor lembu jantan, 20 ekor keldai betina, dan 10 ekor keldai jantan dewasa.

w10 15/6 22 per. 10-11

Kata-Kata yang Enak Didengari Membantu Membina Hubungan yang Baik

10 Kata-kata yang enak didengari dan komunikasi yang baik membantu kita membina dan mengekalkan hubungan yang damai dengan orang lain. Sebenarnya, apabila kita berusaha sedaya upaya untuk menguatkan hubungan kita dengan orang lain, kita juga akan mempunyai komunikasi yang lebih baik dengan mereka. Jika kita mengambil inisiatif untuk berbuat baik, seperti mencari peluang untuk membantu orang, memberikan hadiah dengan ikhlas, dan menunjukkan keramahan, kita sedang membuka peluang untuk berkomunikasi secara jujur. Perbuatan baik kita seperti “melonggokkan bara yang bernyala” di atas kepala seseorang kerana hal ini dapat mendorongnya untuk menunjukkan sifat-sifat yang baik. Hal ini akan memudahkan anda berdua untuk bawa berbincang.​—Rm. 12:20, 21.

11 Yakub memahami hal ini. Abangnya Esau amat marah dengannya, dan dia telah melarikan diri kerana takut bahawa Esau akan membunuhnya. Bertahun-tahun kemudian, sewaktu Yakub kembali, Esau membawa seramai 400 orang lelaki untuk bertemu dengannya. Maka Yakub berdoa meminta bantuan Yehuwa. Kemudian dia menghantar banyak ternakan kepada Esau sebagai hadiah. Hasilnya, hadiah itu telah menyenangkan hati Esau, dan dia berlari untuk memeluk Yakub.—Kej. 27:41-44; 32:6, 11, 13-15; 33:4, 10.

(Kejadian 33:20) Di situ, Yakub mendirikan sebuah mazbah dan menamakannya “Tuhan ialah Tuhan Israel.”

it-1 98-99

Tuhan ialah Tuhan Israel

Setelah dia bergelut dengan malaikat Yehuwa di Peniel, Yakub diberi nama Israel. Selepas dia berdamai semula dengan abangnya Esau, dia menetap di Sukot dan kemudiannya di Sikhem. Di situ, dia membeli sebidang tanah daripada anak-anak Hamor lalu mendirikan khemahnya. (Kej 32:24-30; 33:1-4, 17-19) Kemudian “Yakub mendirikan sebuah mazbah dan menamakannya ‘Tuhan ialah Tuhan Israel.’” (Kej 33:20) Dengan menggunakan nama baharunya Israel semasa menamakan mazbah itu, dia menunjukkan bahawa dia amat bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberinya nama baharu itu, dan membimbingnya ke Tanah yang Dijanjikan dengan selamat. Ungkapan “Tuhan ialah Tuhan Israel” hanya muncul sekali di dalam Bible.

27 APRIL–3 MEI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KEJADIAN 34-35

“Pergaulan yang Buruk Membawa Padah”

(Kejadian 34:1) Dina, anak perempuan Yakub yang dilahirkan oleh Lea, sering menghabiskan masa bersama gadis-gadis Kanaan.

w97 1/2 30 per. 4

Sikhem​—Kota yang Terletak Di Dalam Sebuah Lembah

Dina, seorang perawan muda, selalu melawat kota Sikhem seorang diri. Apakah pandangan para pemuda di kota itu terhadapnya? Anak lelaki pemimpin di situ ‘nampak Dina, lalu membawanya pergi dan merogolnya.’ Mengapakah Dina mengundang masalah dan berkawan dengan orang Kanaan yang tidak bermoral? Adakah kerana dia ingin berkawan dengan gadis-gadis lain yang sebaya dengannya? Atau adakah kerana dia degil dan ingin bertindak sesuka hati seperti beberapa orang abangnya? Bacalah kisahnya di buku Kejadian, dan cubalah untuk menyelami penderitaan dan perasaan malu yang dirasai oleh Yakub dan Lea. Anak perempuan mereka telah menyebabkan banyak masalah dengan mengunjungi kota itu.​—Kejadian 34:1-31; 49:5-7; lihat juga The Watchtower, 15 Jun 1985, muka surat 31.

(Kejadian 34:7) Sebaik sahaja anak-anak lelaki Yakub mendengar tentang hal itu, mereka segera pulang dari padang. Mereka sakit hati dan sangat marah kerana Sikhem telah menghina Israel dengan merogol anak perempuan Yakub. Ya, perbuatannya itu tidak patut dilakukan.

(Kejadian 34:25) Tetapi pada hari ketiga, semasa mereka masih kesakitan, dua orang anak lelaki Yakub, iaitu abang-abang Dina yang bernama Simeon dan Lewi, mengambil pedang masing-masing, lalu memasuki kota itu tanpa menimbulkan kecurigaan penduduk di situ. Kemudian mereka membunuh semua lelaki di situ.

w09 1/9 21 per. 1-2

Apabila Anda Tersinggung

Biasanya, kita akan berasa sakit hati apabila orang lain berbuat salah terhadap kita. Oleh itu, kita mungkin akan membalas dendam kerana ingin mengurangkan perasaan sakit hati kita. Contohnya, Bible memberitahu kita bahawa anak-anak lelaki Yakub berasa “sakit hati dan sangat marah” setelah mendengar bahawa Sikhem telah merogol adik perempuan mereka, Dina. (Kejadian 34:1-7) Untuk membalas dendam, dua orang anak lelaki Yakub berkomplot terhadap Sikhem dan keluarganya. Dengan menggunakan tipu helah, Simeon dan Lewi memasuki kota dan membunuh semua lelaki di situ, termasuk Sikhem.​—Kejadian 34:13-27.

Adakah pertumpahan darah menyelesaikan masalah itu? Tidak. Apabila Yakub mendapat tahu tentang perbuatan anak-anak lelakinya, dia memarahi mereka, ‘Kamu berdua telah banyak menyusahkan aku. Kamu membuat aku menjadi seperti bau busuk kepada orang yang menduduki negeri ini. Mereka pasti akan berkumpul untuk menyerang aku. Aku dan seluruh rumah tanggaku pasti dihapuskan.’ (Kejadian 34:30) Tindakan Simeon dan Lewi untuk membalas dendam telah memburukkan lagi keadaan. Sekarang keluarga Yakub perlu berjaga-jaga terhadap serangan daripada penduduk di situ. Untuk mengelakkan hal itu, Tuhan telah menyuruh Yakub dan keluarganya untuk berpindah ke Bethel.​—Kejadian 35:1, 5.

Mencari Permata Rohani

(Kejadian 35:8) Kemudian, Debora, iaitu pengasuh Ribka, meninggal lalu dikebumikan di bawah sebatang pokok oak yang berdekatan Bethel. Maka Yakub menamakan pokok itu Alon-bakut.

it-1 564 per. 7

Debora

1. Pengasuh Ribka. Debora menemani Ribka apabila Ribka meninggalkan rumah tangga bapanya Betuel dan berpindah ke Palestin untuk berkahwin dengan Ishak. (Kej 24:59) Dia bekerja di rumah tangga Ishak selama bertahun-tahun. Selepas Ribka meninggal, dia terus bekerja di rumah tangga Yakub. Nampaknya sekitar 125 tahun selepas Ribka berkahwin dengan Ishak, Debora meninggal dan dikebumikan di bawah sebatang pokok yang besar di Bethel. Nama pokok itu (Alon-bakut, yang bererti “Pokok Besar Tangisan”) menunjukkan bahawa Debora amat disayangi oleh Yakub dan keluarganya.​—Kej 35:8.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi