PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 184
  • Apakah yang Dikatakan Bible tentang Perkahwinan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah yang Dikatakan Bible tentang Perkahwinan?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Apakah aturan Tuhan tentang perkahwinan?
  • Bagaimana pula dengan perpisahan dan perceraian?
  • Adakah perkahwinan perlu didaftarkan secara sah agar diperkenankan Tuhan?
  • Apakah tanggungjawab dan peranan yang diberikan kepada suami isteri dalam Bible?
  • Adakah Tuhan menghendaki pasangan suami isteri untuk mempunyai anak pada hari ini?
  • Bagaimanakah Bible dapat membantu perkahwinan?
  • Menjayakan Perkahwinan Kristian Anda
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Perkahwinan—Hadiah daripada Tuhan
    Bernaunglah Di Bawah Kasih Tuhan
  • Membina Perkahwinan yang Kukuh dan Bahagia
    Menara Pengawal—2015
  • Jika Rumah Tangga Hampir Runtuh
    Rahsia Kebahagiaan Keluarga
Lihat Selanjutnya
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 184
Sepasang suami isteri menikmati masa bersama-sama sambil makan sarapan.

Apakah yang Dikatakan Bible tentang Perkahwinan?

Jawapan Bible

Selepas menciptakan lelaki dan wanita yang pertama, Tuhan menyatukan mereka dalam perkahwinan. Dia mengasaskan perkahwinan sebagai ikatan yang istimewa antara seorang lelaki dengan seorang wanita. Ikatan ini merupakan asas bagi sesebuah keluarga dan menjadikan kehidupan keluarga lebih stabil.—Kejadian 1:27, 28; 2:18.

Tuhan mahu pasangan yang berkahwin menjalani kehidupan yang bahagia. (Amsal 5:18) Dalam Bible, Dia menyatakan aturan-Nya tentang perkahwinan serta prinsip-prinsip yang dapat menjayakan sebuah perkahwinan.

Dalam rencana ini

  • Apakah aturan Tuhan tentang perkahwinan?

  • Bagaimana pula dengan perpisahan dan perceraian?

  • Adakah perkahwinan perlu didaftarkan secara sah agar diperkenankan Tuhan?

  • Apakah tanggungjawab dan peranan yang diberikan kepada suami isteri dalam Bible?

  • Adakah Tuhan menghendaki pasangan suami isteri untuk mempunyai anak pada hari ini?

  • Bagaimanakah Bible dapat membantu perkahwinan?

  • Ayat-ayat Bible tentang perkahwinan

Apakah aturan Tuhan tentang perkahwinan?

Sejak permulaan, Tuhan mengasaskan perkahwinan untuk menyatukan seorang lelaki dengan seorang wanita. (Kejadian 2:24) Tuhan tidak menerima amalan poligami, perbuatan homoseksual, atau tindakan tinggal bersama pasangan tanpa berkahwin. (1 Korintus 6:9; 1 Tesalonika 4:3) Yesus mengajar para pengikutnya untuk mematuhi aturan Tuhan tentang perkahwinan.—Markus 10:6-8.

Dalam pandangan Tuhan, perkahwinan merupakan ikatan yang kekal. Apabila seorang lelaki dan seorang wanita berkahwin, mereka berjanji untuk setia kepada satu sama lain dan tetap hidup bersama sepanjang hayat mereka. Tuhan menghendaki mereka untuk menepati janji tersebut.—Markus 10:9.

Bagaimana pula dengan perpisahan dan perceraian?

Ada kalanya, pasangan suami isteri mungkin terpaksa berjauhan atas sebab tertentu. Contohnya, salah seorang daripada mereka mungkin perlu mengurus hal kecemasan keluarga di tempat lain. Namun, Bible tidak menggalakkan pasangan untuk berpisah kerana masalah perkahwinan. Sebaliknya, pasangan yang mempunyai masalah perkahwinan harus berusaha untuk berbaik semula.—1 Korintus 7:10.

Perzinaan ialah satu-satunya dasar dalam Bible yang membenarkan pasangan untuk bercerai. (Matius 19:9) Maka, menurut Bible, jika pasangan suami isteri memutuskan untuk berpisah atau bercerai atas sebab lain, mereka tidak boleh mencari pasangan baharu atau berkahwin semula.—Matius 5:32; 1 Korintus 7:11.

Adakah perkahwinan perlu didaftarkan secara sah agar diperkenankan Tuhan?

Tuhan menghendaki orang Kristian untuk mematuhi undang-undang negara yang berkaitan dengan perkahwinan. (Titus 3:1) Jika pasangan suami isteri dapat mendaftar perkahwinan mereka secara sah mengikut undang-undang negara, mereka menunjukkan hormat terhadap pihak berkuasa dan pandangan Tuhan bahawa perkahwinan merupakan ikatan seumur hidup.a

Apakah tanggungjawab dan peranan yang diberikan kepada suami isteri dalam Bible?

  • Tanggungjawab yang dipikul bersama. Suami dan isteri harus melayan satu sama lain dengan kasih dan hormat. (Efesus 5:33) Mereka harus memenuhi keperluan seks pasangan mereka dalam cara yang pengasih dan mengelakkan semua bentuk perbuatan curang. (1 Korintus 7:3; Ibrani 13:4) Jika mereka mempunyai anak, pasangan suami isteri harus memikul tanggungjawab bersama-sama untuk membesarkan anak mereka.—Amsal 6:20.

    Seorang ibu membantu anak perempuannya membuat kerja sekolah sementara bapanya memotong sayur.

    Bible tidak menyatakan secara terperinci tentang cara suami isteri patut berkongsi tanggungjawab dalam hal kerja sekular dan kerja di rumah. Pasangan suami isteri boleh membuat keputusan bersama mengikut apa yang terbaik bagi keluarga mereka.

  • Peranan suami. Bible menyatakan bahawa “suami ialah kepala isteri.” (Efesus 5:23) Hal ini bererti bahawa dia patut membimbing keluarganya dan membuat keputusan yang bermanfaat bagi isteri dan anak-anak.

    Sepasang suami isteri membaca Bible bersama-sama sambil menikmati jamuan ringan di rumah.

    Dia harus berusaha untuk memastikan agar keperluan fizikal, emosi, dan rohani mereka dijaga. (1 Timotius 5:8) Dia menunjukkan bahawa dia menghargai kebolehan dan sifat-sifat isterinya dengan bekerjasama dengannya. Dia juga akan mempertimbangkan pendapat dan perasaannya semasa membuat keputusan. (Amsal 31:11, 28) Bible menyatakan bahawa para suami harus memenuhi tanggungjawab mereka dalam cara yang pengasih.—Kolose 3:19.

  • Peranan isteri. Bible menyatakan bahawa ‘isteri harus menghormati suaminya dengan mendalam.’ (Efesus 5:33) Tuhan telah memberi suami peranan sebagai kepala keluarga. Jadi, Tuhan berasa senang hati apabila seorang isteri menghormati peranan suaminya.

    Sepasang suami isteri sedang membincangkan hal ehwal kewangan bersama-sama.

    Peranan seorang isteri adalah untuk menyokong suaminya sebagai kepala keluarga dan membantunya membuat keputusan yang baik. (Kejadian 2:18) Bible memuji para isteri yang memenuhi peranan mereka yang penting dalam perkahwinan.—Amsal 31:10.

Adakah Tuhan menghendaki pasangan suami isteri untuk mempunyai anak pada hari ini?

Tidak. Pada masa lalu, Tuhan memberikan perintah kepada sesetengah penyembah-Nya untuk mempunyai anak. (Kejadian 1:28; 9:1) Namun, orang Kristian tidak terikat dengan perintah itu. Yesus tidak pernah mengarahkan para pengikutnya untuk mempunyai anak. Murid-muridnya pada abad pertama juga tidak pernah mengatakan bahawa pasangan yang sudah berkahwin mesti mempunyai anak. Jadi, pasangan suami isteri boleh memilih sendiri sama ada mereka mahu mempunyai anak atau tidak.

Bagaimanakah Bible dapat membantu perkahwinan?

Bible mengandungi prinsip-prinsip yang dapat membantu pasangan yang baru berkahwin untuk melangkah ke alam perkahwinan yang bahagia. Selain itu, prinsip Bible juga dapat membantu pasangan untuk menghindari atau mengatasi masalah.

Prinsip Bible dapat membantu pasangan yang sudah berkahwin untuk . . .

  • menunjukkan kasih sejati.—1 Korintus 13:4-7; Kolose 3:14.

  • menangani perbezaan pendapat.—1 Korintus 10:24.

  • menjadi pendengar yang baik.—Yakobus 1:19.

  • menunjukkan hormat.—Roma 12:10.

  • memaafkan satu sama lain.—1 Petrus 4:8.

  • menunjukkan kesetiaan.—Markus 10:9.

  • bersabar.—Efesus 4:2, 3.

  • bekerjasama.—Pengkhutbah 4:9.

  • menguatkan komitmen mereka.—Kidung Agung 8:7.

a Untuk mengetahui pandangan Bible tentang perkahwinan yang mengikut adat tempatan atau adat suku kaum, lihat Menara Pengawal bahasa Indonesia, terbitan 15 Oktober 2006, muka surat 21, perenggan 12.

Ayat-ayat Bible tentang perkahwinan

Amsal 18:22: “Orang yang mendapat isteri yang baik, mendapat sesuatu yang berharga.”

Maksud: Bible menyatakan bahawa perkahwinan ialah sesuatu yang baik.

Maleakhi 2:15: “Janganlah mengkhianati isteri yang kamu kahwini pada masa muda.”

Maksud: Tuhan ingin pasangan suami isteri untuk setia dan melayan satu sama lain dengan hormat biarpun sudah lama berkahwin.

Markus 10:9: “Mereka yang telah disatukan oleh Tuhan tidak boleh dipisahkan oleh manusia.”

Maksud: Tuhan mengasaskan perkahwinan sebagai ikatan yang kekal.

Ibrani 13:4: “Hendaklah perkahwinan dihormati oleh semua orang.”

Maksud: Pasangan suami isteri haruslah menghargai perkahwinan mereka dan berusaha keras untuk melindunginya.

1 Korintus 7:28: “Orang yang berkahwin akan menghadapi banyak kesusahan.”

Maksud: Tiada perkahwinan yang sempurna. Jadi, pasangan suami isteri perlu bekerjasama untuk mengatasi cabaran.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi