BELAJARLAH DARIPADA YESUS
Luangkan Masa untuk Mengenali Tuhan
Kehidupan anda akan lebih bahagia jika anda meluangkan masa untuk mengenali Tuhan dan menjadi sahabat-Nya. Dengan berbuat demikian, anda sedang menjaga keperluan rohani diri sendiri. Perhatikan apa yang diajarkan Yesus tentang hal ini.
Apa yang Yesus katakan
“Berbahagialah orang yang sedar akan keperluan rohani mereka.”—Matius 5:3.
Kita semua ingin mengetahui jawapan kepada soalan seperti: Apakah tujuan hidup kita? Mengapakah ada begitu banyak penderitaan? Apakah yang berlaku selepas manusia mati? Agar dapat hidup bahagia, kita perlu mengetahui jawapannya.
“Manusia mesti hidup bukan dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang keluar daripada mulut Yehuwa.”a—Matius 4:4.
Sebagaimana kita memerlukan makanan fizikal, kita memerlukan makanan rohani untuk terus hidup. Yesus menyatakan dengan jelas bahawa kita perlu selalu minta bantuan Tuhan supaya keperluan rohani kita dipenuhi.
“Firman-Mu ialah kebenaran.”—Yohanes 17:17.
Yesus mengajar kita bahawa cara utama Tuhan memenuhi keperluan rohani kita adalah menerusi Firman-Nya, iaitu Bible.
Kami menggalakkan anda agar meluangkan masa untuk mengenali Tuhan dan memenuhi keperluan rohani anda. Dengan itu, anda akan menikmati kebahagiaan kekal. Terdapat bantuan yang tersedia bagi anda:
Baca Bible secara percuma.
Jemput seorang guru Bible untuk mengadakan kursus perbincangan Bible yang percuma dengan anda.
a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan. (Mazmur 83:18) Lihat rencana, “Siapakah Yehuwa?”