BELAJARLAH DARIPADA YESUS
“Kamu Akan Mendengar tentang Peperangan di Pelbagai Tempat”
“Sejak tahun 1960-an, saya menjadi wartawan. Sampai sekarang, saya sudah membuat laporan tentang lebih daripada 40 perang di serata dunia. Saya menyaksikan bagaimana Perang Dingin semakin memuncak dan tiba-tiba berakhir. Tetapi situasi pada tahun 2025 jauh lebih merisaukan daripada apa yang pernah saya lihat. Beberapa konflik yang besar sedang berlaku pada masa yang sama. Tambahan lagi, salah satu konflik ini berpotensi membawa impak yang parah kepada sebahagian besar dunia dalam cara yang tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia.”—John Simpson, editor hal ehwal dunia BBC, penekanan ditambah.
Ramai orang risau tentang perang yang tercetus di serata dunia. Mereka tertanya-tanya jika keadaan dunia dapat menjadi lebih baik. Apakah yang Yesus ajarkan tentang hal ini?
Apa yang Yesus ajarkan
Hampir 2,000 tahun lalu, Yesus telah memberitahu murid-muridnya perkara yang akan terjadi pada zaman kita. Dia berkata, “Kamu akan mendengar tentang peperangan di pelbagai tempat.”—Matius 24:6.
Perang dan konflik yang berlaku sekarang memang merisaukan, tetapi kita tidak perlu hilang harapan. Mengapa? Hal ini kerana Yesus mengajar bahawa perang yang besar, peristiwa tertentu, dan sikap kebanyakan orang, merupakan “tanda” yang menunjukkan bahawa kita hidup pada “penghujung sistem dunia ini.” (Matius 24:3; Lukas 21:7) Maksudnya akan tiba masanya Yesus mengakhiri perang buat selama-lamanya. Bagaimana?
Apa yang Yesus akan lakukan
Tidak lama lagi, Yesus, selaku Raja Kerajaan Tuhan, akan “menghentikan peperangan di seluruh dunia.”—Mazmur 46:9.
Untuk belajar lebih banyak tentang bagaimana dunia kita akan menjadi aman damai dan keadaan hidup pada masa itu, bacalah rencana “Bagaimana Perang dan Konflik Akan Berakhir.”