PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Hari Ini

Jumaat, 4 September

Yehuwa membenci orang yang licik, tetapi Dia akrab dengan orang yang melakukan apa yang benar.​—Ams. 3:32.

Kita dapat belajar tentang pentingnya mempunyai hati yang tulus daripada apa yang berlaku semasa Yesus berjumpa dengan Natanael buat kali pertama. Semasa Filipus membawa Natanael untuk berjumpa dengan Yesus, Yesus berkata, “Lihatlah, orang Israel sejati yang hatinya bebas daripada tipu daya.” (Yoh. 1:47) Ketulusan Natanael amat luar biasa. Seperti kita, Natanael juga tidak sempurna. Namun Yesus memujinya kerana dia tidak berpura-pura atau bersikap muka dua. Kebanyakan syarat bagi tetamu Yehuwa yang tersenarai di Mazmur 15 berkaitan dengan cara kita melayan orang lain. Contohnya, Mazmur 15:3 menyatakan bahawa tetamu Yehuwa haruslah “tidak memfitnah dengan kata-katanya,” “tidak berbuat jahat terhadap orang lain,” dan “tidak memburuk-burukkan nama sahabatnya.” Jika kita memfitnah orang lain, kita akan menyakiti mereka.​—Yak. 1:26. w24.06 10 ¶7, 9; 11 ¶10

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2026

Sabtu, 5 September

Tuan, roh-roh jahat pun terpaksa mentaati kami apabila kami menggunakan nama Tuan!​—Luk. 10:17.

Jika kita membuat persiapan sebelum menginjil, kita akan berasa lebih yakin semasa bercakap dengan orang lain. Yesus mempersiapkan murid-muridnya sebelum mengutus mereka untuk pergi menginjil. (Luk. 10:​1-11) Oleh sebab mereka melakukan apa yang diajarkan Yesus, mereka mendapat hasil yang baik dan berasa sangat puas. Apakah persiapan yang dapat kita lakukan sebelum menginjil? Fikirkan bagaimana kita dapat menyampaikan ajaran Bible dalam kata-kata sendiri. Selain itu, fikirkan beberapa reaksi yang biasanya timbul di kawasan penyebaran kita dan bagaimana kita dapat menanganinya. Semasa kita berjumpa dengan orang, cubalah bertenang, senyum, dan bersikap ramah. w24.04 16 ¶6-7

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2026

Ahad, 6 September

Ya Yehuwa, Tuhan kami, Engkau layak menerima kemuliaan, kehormatan, dan kuasa, kerana Engkau menciptakan segala sesuatu.​—Why. 4:11.

Sebab terpenting kita menginjil adalah kerana kita mengasihi Yehuwa dan nama-Nya yang suci. Kita menganggap kerja penyebaran sebagai peluang untuk memuji Tuhan kita. Kita pasti setuju dengan sepenuh hati bahawa Yehuwa layak menerima kemuliaan, kehormatan, dan kuasa daripada penyembah-Nya. Kita memberi-Nya kemuliaan dan kehormatan dengan meyakinkan orang bahawa Dia “menciptakan segala sesuatu” dan memberi kita nyawa. Kita memberi Yehuwa kuasa kita dengan menggunakan masa, tenaga, dan harta benda kita untuk menyokong kerja penyebaran. (Mat. 6:33; Luk. 13:24; Kol. 3:23) Pendek kata, kita suka memberitahu orang lain tentang Tuhan yang kita kasihi. Kita juga terdorong untuk memberitahu orang lain tentang nama-Nya dan sifat-sifat-Nya. w24.05 17 ¶11

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2026
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi