-
Dia Mencurahkan Isi Hatinya kepada TuhanTirulah Iman Mereka
-
-
15, 16. (a) Apakah perasaan Hana setelah dia meluahkan isi hatinya kepada Yehuwa? (b) Apabila kita bergelut dengan perasaan negatif, bagaimanakah kita dapat meniru teladan Hana?
15 Apakah perasaan Hana setelah dia meluahkan isi hatinya kepada Yehuwa? Bible menyatakan, “Hana beredar dari situ, lalu dia makan dan mukanya tidak sedih lagi.” (1 Sam. 1:18) Ya, setelah Hana menyerahkan beban emosinya kepada Bapanya yang di syurga, dia tidak bersedih lagi. (Baca Mazmur 55:22.) Tidakkah anda berasa lega kerana dapat melemparkan apa-apa beban kepada Yehuwa?
16 Apabila kita dibebani masalah atau dibelenggu perasaan sedih, kita patut meniru teladan Hana dan mencurahkan isi hati kita kepada Yehuwa, iaitu “Pendengar doa.” (Mzm. 65:2) Jika kita berdoa dengan iman yang teguh, kesedihan kita akan digantikan dengan “kesejahteraan daripada Tuhan, yang jauh lebih unggul daripada apa yang dapat difahami oleh manusia.”—Flp. 4:6, 7.
-
-
Dia Mencurahkan Isi Hatinya kepada TuhanTirulah Iman Mereka
-
-
18 Bilakah Penina sedar bahawa tindakannya tidak mempengaruhi Hana lagi? Kita tidak tahu kerana selepas peristiwa itu, Bible tidak menyebut tentang Penina lagi. Tetapi ungkapan “tidak sedih lagi” menunjukkan bahawa sejak masa itu, Hana lebih bersemangat dan tidak lagi dipengaruhi oleh cemuhan Penina.
-