Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
6-12 NOVEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AMOS 1-9
Mencari Permata Rohani
(Amos 8:1, 2) Aku mendapat suatu penglihatan lagi daripada Raja Yehuwa. Aku nampak buah-buahan di dalam bakul. 2 Yehuwa bertanya, “Amos, apakah yang engkau nampak?” Aku menjawab, “Buah-buahan di dalam bakul.” Yehuwa berfirman kepadaku, “Kesudahan umat-Ku Israel sudah tiba. Aku tidak akan mengubah fikiran-Ku lagi; Aku akan menghukum mereka.
w07-IN 1/10 14 per. 6
Sorotan daripada Buku Yoel dan Amos
8:1, 2, NW—Apakah yang dilambangkan oleh “buah-buahan musim panas” di dalam bakul? Buah-buahan musim panas biasanya dipetik pada akhir musim tuaian, iaitu pada penghujung tahun pertanian. Yehuwa menunjukkan buah-buahan musim panas itu kepada Amos untuk menandakan bahawa akhir bagi orang Israel sudah dekat. Kemudian, Yehuwa memberitahu Amos, “Kesudahan umat-Ku Israel sudah tiba. Aku tidak akan mengubah fikiran-Ku lagi; Aku akan menghukum mereka.”
13-19 NOVEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | OBAJA 1–YUNUS 4
Mencari Permata Rohani
(Obaja 10) “Kamu telah merompak dan membunuh saudara kamu, keturunan Yakub. Oleh itu kamu akan dibinasakan dan dihina orang sepanjang zaman.
w07-IN 1/11 13 per. 5
Sorotan daripada Buku Obaja, Yunus, dan Mikha
10—Bagaimanakah Edom ‘dibinasakan sepanjang zaman’? Seperti yang dinubuatkan, bangsa Edom yang dahulunya menetap di kawasan tertentu serta memiliki kerajaan sendiri tidak lagi wujud. Nabonidus, iaitu raja Babilon, telah menakluki Edom pada pertengahan abad keenam SM. Pada abad keempat SM, orang Nabatea tinggal di kawasan Edom. Maka orang Edom terpaksa menetap di bahagian selatan Yehuda. Tempat itu merupakan sebahagian daripada kawasan Negeb yang kemudiannya dikenali sebagai Idumea. Setelah orang Roma membinasakan Yerusalem pada tahun 70 M, orang Edom turut dilenyapkan.
20-26 NOVEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MIKHA 1-7
Mencari Permata Rohani
(Mikha 7:7) Tetapi aku akan menantikan Yehuwa; aku akan berharap kepada Tuhan yang akan menyelamatkan aku. Tuhanku akan mendengar doaku.
w03-IN 15/8 24 per. 20
Apakah yang Diinginkan Yehuwa daripada Kita?
20 Berkat yang dicurahkan Yehuwa membantu kita untuk meniru sikap Nabi Mikha. Dia berkata, ‘Aku akan berharap kepada Tuhan yang akan menyelamatkan aku.’ (Mikha 7:7) Bagaimanakah ayat ini membantu kita terus menyembah Tuhan dengan rendah hati? Jika kita memupuk kesabaran dan berharap pada Tuhan, kita tidak akan berasa kecewa seraya menantikan kedatangan hari Yehuwa. (Amsal 13:12) Sememangnya, kita ingin dunia jahat ini segera dimusnahkan. Tetapi, setiap minggu, terdapat ribuan orang yang baru sahaja menempuh haluan kebenaran. Hal ini mendorong kita untuk terus memperlihatkan kesabaran. Seorang Saksi yang telah lama menyembah Yehuwa berkata, “Saya sudah melakukan kerja penyebaran selama 55 tahun. Biarpun saya harus sabar dan berharap pada Yehuwa, saya yakin usaha saya tidaklah sia-sia. Sebaliknya, saya dilindungi daripada pelbagai masalah.” Adakah anda juga mengalami pengalaman yang serupa?
27 NOVEMBER–3 DISEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | NAHUM 1–HABAKUK 3
Mencari Permata Rohani
(Habakuk 3:17-19) Walaupun pokok ara tidak berbunga, dan pokok anggur tidak berbuah, walaupun hasil pokok zaitun menyedihkan, dan ladang gandum mengecewakan, walaupun domba mati semuanya, dan kandang lembu kosong belaka, 18 aku akan bersukacita dan bergembira selalu, kerana Engkau Tuhan Yehuwa yang menyelamatkan aku. 19 Engkaulah Raja Yehuwa yang memberi aku kekuatan, seperti kaki rusa, kakiku Engkau kukuhkan, dan keselamatanku Engkau jaga di pergunungan.
w07-IN 15/11 10 per. 10
Sorotan daripada Buku Nahum, Habakuk, dan Zefanya
3:17-19. Kita mungkin menghadapi kesusahan pada masa sekarang dan semasa perang Armagedon. Namun, kita dapat yakin bahawa Yehuwa akan memberi kita kekuatan yang kita perlukan. Dengan demikian, kita dapat menyembah-Nya dengan sukacita.