Mazmur
Maskil.* Mazmur yang digubah oleh Asaf.+
78 Hai bangsaku, dengarlah hukumku;
Pasanglah telingamu untuk mendengar kata-kataku.
2 Mulutku akan mengucapkan perumpamaan.
Aku akan menyatakan rahsia dari zaman purbakala.+
3 Hal-hal yang telah kita dengar dan ketahui,
Yang telah diceritakan oleh nenek moyang kita,+
4 Tidak akan kita rahsiakan daripada keturunan mereka;
Kita akan memberitahu generasi yang akan datang+
Tentang perbuatan-perbuatan Yehuwa yang terpuji dan tentang kekuatan-Nya,+
Tentang hal-hal menakjubkan yang telah dilakukan-Nya.+
5 Dia memberikan peringatan kepada Yakub,*
Dan memberikan hukum di Israel;
Dia memberikan perintah kepada nenek moyang kita
Untuk disampaikan kepada anak-anak mereka+
6 Supaya generasi yang seterusnya,
Iaitu anak-anak yang belum dilahirkan, dapat mengetahuinya.+
Kemudian mereka akan menceritakannya kepada anak-anak mereka.+
7 Dengan demikian, anak-anak mereka akan yakin kepada Tuhan.
8 Dengan demikian, mereka tidak akan menjadi seperti nenek moyang mereka,
Sebuah generasi yang degil dan suka memberontak,+
Sebuah generasi yang hatinya goyah,*+
Dan yang tidak ingin setia kepada Tuhan.
9 Orang Efraim bersenjatakan busur,
Tetapi mereka berundur pada hari pertempuran.
11 Mereka juga melupakan perbuatan-Nya,+
Segala hal menakjubkan yang telah ditunjukkan-Nya kepada mereka.+
12 Di tanah Mesir, iaitu di kawasan Zoan,+
Dia melakukan hal-hal yang mengagumkan di depan mata nenek moyang mereka.+
13 Dia membelah air laut supaya mereka dapat menyeberanginya,
14 Pada siang hari, Dia memimpin mereka dengan awan.
Pada malam hari, Dia memimpin mereka dengan cahaya api.+
15 Dia membelah batu-batu di padang belantara,
Dan memuaskan mereka dengan air yang banyak, sebanyak air di lautan dalam.+
16 Dia mengeluarkan air dari bukit batu,
Dan air itu mengalir seperti sungai.+
17 Tetapi mereka terus berdosa terhadap-Nya;
Mereka memberontak terhadap Yang Maha Tinggi di padang gurun;+
18 Mereka mencabar* Tuhan dalam hati mereka.+
Mereka menuntut makanan yang diingini mereka.
19 Maka mereka melawan Tuhan
Dengan berkata, “Mampukah Tuhan menyediakan makanan untuk kita di padang belantara?”+
20 Lihatlah! Dia memukul sebuah batu
Supaya air mengalir keluar dengan melimpah-limpah seperti sungai.+
Tetapi mereka bertanya, “Dapatkah Dia menyediakan roti untuk kita,
Atau memberikan daging kepada umat-Nya?”+
21 Ketika Yehuwa mendengar kata-kata mereka, Dia murka;+
Api+ yang bernyala menimpa Yakub,
Dan kemurkaan-Nya terhadap Israel semakin membara+
22 Kerana mereka tidak beriman kepada-Nya;+
Mereka tidak percaya bahawa Tuhan mampu menyelamatkan mereka.
23 Maka Dia memberikan perintah kepada awan di langit,
Dan membuka pintu-pintu langit.
24 Dia menghujani mereka dengan manna untuk dimakan;
Dia memberi mereka bijirin dari syurga.+
26 Dia menyebabkan angin timur bertiup dari langit;
Dengan kuasa-Nya, Dia menyebabkan angin selatan bertiup.+
27 Dia menghujani mereka dengan daging sebanyak debu,
Burung sebanyak pasir di pantai.
28 Dia menjatuhkan semuanya di tengah-tengah perkhemahan umat-Nya,
Di sekeliling khemah umat-Nya.
29 Mereka makan dan menjadi sangat kenyang;
Dia memberi mereka apa yang diinginkan oleh mereka.+
30 Tetapi sebelum keinginan mereka dipuaskan,
Ketika makanan masih di dalam mulut mereka,
31 Tuhan murka terhadap mereka.+
Dia membunuh orang yang paling kuat dalam kalangan mereka;+
Dia menumpaskan pemuda-pemuda Israel.
32 Meskipun demikian, mereka melakukan lebih banyak dosa+
Dan mereka tidak mempercayai perbuatan-perbuatan-Nya yang menakjubkan.+
33 Maka Dia menamatkan riwayat mereka yang bagaikan satu hembusan nafas,+
Dan mengakhiri hayat mereka secara tiba-tiba dengan kekacauan.
34 Tetapi setiap kali Dia membunuh sebilangan daripada mereka, mereka akan mencari-Nya;+
Mereka akan kembali untuk mencari Tuhan.
35 Mereka ingat bahawa Tuhan ialah Gunung Batu mereka,+
Dan bahawa Tuhan Yang Maha Tinggi ialah Penebus mereka.+
36 Tetapi mereka mencuba menipu-Nya dengan mulut mereka,
Dan berbohong kepada-Nya dengan lidah mereka.
38 Tetapi Dia berbelas kasihan;+
Dia akan mengampunkan* kesalahan mereka dan tidak memusnahkan mereka.+
Dia selalu menahan kemurkaan-Nya+
Dan tidak melampiaskan kemarahan-Nya.
40 Betapa kerapnya mereka memberontak terhadap-Nya di padang belantara!+
Betapa kerapnya mereka menyakiti hati-Nya di padang gurun!+
42 Mereka tidak ingat akan kuasa-Nya,
Dan waktu Dia menyelamatkan mereka daripada musuh.+
43 Mereka juga tidak ingat akan hal-hal menakjubkan yang dilakukan-Nya di Mesir,+
Dan mukjizat-mukjizat yang dilakukan-Nya di kawasan Zoan,
44 Serta bagaimana Dia mengubah saluran air Sungai Nil menjadi darah+
Supaya mereka tidak dapat minum air sungai itu.
45 Dia mendatangkan lalat besar* yang sangat banyak untuk menggigit mereka+
Dan katak untuk memusnahkan mereka.+
46 Dia menyerahkan tanaman mereka kepada belalang juta yang rakus,
Dan hasil usaha mereka dimakan oleh kawanan belalang juta itu.+
47 Dia menghancurkan pokok-pokok anggur mereka dengan hujan batu+
Dan pokok ara mereka dengan hujan ais.
48 Dia membiarkan binatang-binatang mereka ditimpa hujan batu,+
Dan membiarkan ternakan mereka disambar kilat.*
49 Dia melampiaskan kemurkaan-Nya yang meluap atas mereka;
Dia membuat mereka menderita dan mereka merasai kemarahan dan kemurkaan-Nya;
Dia mengutus angkatan-angkatan malaikat yang membawa malapetaka kepada mereka.
50 Dia tidak menahan kemurkaan-Nya.
Dia tidak membiarkan mereka hidup;
Dan Dia membiarkan wabak penyakit meragut nyawa mereka.
51 Akhirnya Dia membunuh semua anak sulung di Mesir,+
Iaitu semua anak pertama yang telah dilahirkan di dalam khemah-khemah Ham.
52 Kemudian Dia membawa umat-Nya keluar seperti kawanan bebiri,+
Dan Dia membimbing mereka di padang belantara seperti satu kawanan.
53 Dia membawa mereka ke tempat yang selamat,
Dan mereka tidak takut;+
Laut telah menghanyutkan musuh-musuh mereka.+
54 Dia membawa mereka ke tanah-Nya yang suci,+
Iaitu ke kawasan pergunungan yang telah ditakluki-Nya dengan tangan kanan-Nya.+
55 Dia mengusir bangsa-bangsa lain dari hadapan mereka;+
Dia membahagikan tanah warisan kepada mereka dengan menggunakan tali pengukur;+
Dia menempatkan suku-suku Israel di rumah mereka.+
56 Tetapi mereka asyik mencabar* Tuhan Yang Maha Tinggi dan memberontak terhadap-Nya;+
Mereka tidak mempedulikan peringatan yang diberikan-Nya.+
57 Mereka juga meninggalkan-Nya dan mengkhianati-Nya seperti nenek moyang mereka.+
Mereka tidak boleh diharap, seperti busur yang talinya sudah kendur.+
58 Mereka asyik menimbulkan kemurkaan-Nya dengan tempat-tempat ibadat* mereka,+
Dan membangkitkan kemarahan-Nya dengan patung-patung berhala mereka.+
59 Tuhan melihat semua hal ini dan Dia menjadi murka,+
Maka Dia menolak Israel sama sekali.
60 Akhirnya Dia meninggalkan khemah suci di Silo,+
Khemah yang menjadi tempat kediaman-Nya dalam kalangan manusia.+
61 Dia membiarkan musuh mengambil benda yang melambangkan kekuatan-Nya;
Kemuliaan-Nya telah jatuh ke dalam tangan musuh-Nya.+
62 Dia membiarkan umat-Nya mati dibunuh pedang+
Dan Dia murka terhadap warisan-Nya.
63 Pemuda-pemuda-Nya habis dibakar api,
Dan tiada orang menyanyikan lagu perkahwinan untuk anak-anak dara-Nya.
65 Kemudian Yehuwa bangkit seolah-olah bangun daripada tidur,+
Seperti lelaki gagah+ yang terbangun selepas minum wain.
66 Dia menyerang musuh-musuh-Nya sehingga mereka berundur;+
Dia memalukan mereka buat selama-lamanya.
67 Dia menolak keturunan* Yusuf;
Dia tidak memilih suku Efraim.
69 Dia mendirikan tempat suci-Nya untuk tetap wujud seperti langit,+
Sepertimana Dia mendirikan bumi untuk kekal buat selama-lamanya.+