Amsal
22 Memilih nama baik lebih baik daripada memilih kekayaan yang melimpah;+
Kehormatan* lebih baik daripada emas dan perak.
2 Orang kaya dan orang miskin mempunyai satu persamaan:
Kedua-duanya diciptakan oleh Yehuwa.+
3 Orang bijak mengelakkan bahaya apabila melihatnya,
Tetapi orang yang kurang pengalaman terus berjalan lalu menanggung derita.
4 Orang yang rendah hati dan takut kepada Yehuwa
Akan dikurniai kekayaan, kemuliaan, dan kehidupan.+
5 Haluan orang jahat penuh dengan duri dan perangkap,
Tetapi orang yang menghargai nyawanya akan menjauhi semua itu.+
6 Ajarilah anak* haluan yang harus ditempuhnya;+
Maka sampai tua pun dia tidak akan menyimpang daripada haluan itu.+
7 Orang miskin dikuasai oleh orang kaya,
Dan orang yang meminjam menjadi hamba kepada orang yang memberikan pinjaman.+
8 Orang yang menabur kejahatan akan menuai malapetaka,+
Dan kuasanya untuk menindas orang lain akan berakhir.+
9 Orang yang murah hati akan diberkati,
Kerana dia mengongsi makanannya dengan orang miskin.+
10 Usirlah orang yang suka mencemuh,
Maka pertikaian akan lenyap,
Dan perbalahan serta penghinaan juga akan berakhir.
11 Orang yang murni hatinya dan yang lembut kata-katanya,
Akan menjadi sahabat raja.+
12 Yehuwa menjaga orang yang berpengetahuan,*
Tetapi Dia menggagalkan apa yang dikatakan oleh orang licik.+
13 Orang malas berkata, “Ada singa di luar!
Aku akan dibunuh di tengah jalan jika aku keluar!”+
14 Mulut perempuan jalang* seperti lubang yang dalam.+
Orang yang dikutuk oleh Yehuwa akan jatuh ke dalamnya.
16 Sesiapa yang menipu orang miskin untuk menambahkan kekayaannya,+
Dan sesiapa yang memberikan hadiah kepada orang kaya,
Pada akhirnya akan jatuh miskin.
17 Dengarlah kata-kata orang bijak dengan teliti,+
Supaya kamu memahami apa yang aku ajarkan kepada kamu.+
18 Jika kamu menyimpannya dalam hati, kamu akan gembira,+
Dan kamu akan sentiasa bersedia untuk bercakap tentangnya.+
19 Pada hari ini, aku hendak memberi kamu pengetahuan,
Supaya kamu yakin kepada Yehuwa.
20 Aku telah menuliskan untuk kamu
Nasihat dan pengetahuan yang ingin kusampaikan.
21 Aku ingin kamu tahu bahawa kata-kata ini memang benar dan dapat dipercayai.
Dengan itu, kamu dapat kembali dan memberikan jawapan yang tepat kepada orang yang mengutus kamu.
22 Jangan merompak orang miskin hanya kerana mereka lemah,+
Dan jangan menindas orang yang lemah di gerbang kota,*+
23 Kerana Yehuwa sendiri akan membela mereka,+
Dan Dia akan mengambil nyawa orang yang menipu mereka.
24 Jangan bersahabat dengan orang yang panas baran,
Dan jangan bergaul dengan orang yang suka marah,
25 Agar kamu tidak terikut-ikut dengan haluannya
Lalu terkena jerat.+
26 Jangan bersetuju dengan sesiapa pun
Untuk menjadi penjamin hutang mereka.+
27 Jika kamu tidak dapat membayarnya,
Katil kamu pun akan dirampas!
28 Janganlah memindahkan sempadan tanah
Yang ditetapkan oleh nenek moyang kamu pada masa lampau.+
29 Pernahkah kamu melihat orang yang mahir melakukan kerjanya?
Dia akan berkhidmat kepada raja+
Dan bukannya kepada orang biasa.