PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Hari Ini

Selasa, 1 September

Teruslah menguji diri kamu sendiri untuk mengetahui sama ada iman kamu teguh atau tidak.​—2 Kor. 13:5.

Selain berusaha menjadi matang, kita perlu mengekalkan kematangan kita. Jadi, kita tidak boleh terlalu yakin pada diri. (1 Kor. 10:12) Sebaliknya, kita perlu ‘terus menguji’ diri untuk pastikan kita terus maju secara rohani. Dalam suratnya kepada sidang di Kolose, Paulus menekankan lagi pentingnya kekalkan kematangan mereka. Biarpun mereka sudah menjadi orang Kristian yang matang, Paulus mengingatkan mereka agar tidak dijerat oleh fikiran duniawi. (Kol. 2:​6-10) Epafras, yang nampaknya sangat mengenali saudara saudari di Kolose, juga berdoa agar mereka “berdiri teguh sebagai orang yang matang.” (Kol. 4:12) Ya, Paulus dan Epafras faham bahawa untuk mengekalkan kematangan, seseorang perlu bantuan Tuhan dan curahkan usaha. Mereka harap agar sidang di Kolose tetap matang tidak kira apa cabaran yang dihadapi. w24.04 6-7 ¶16-17

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2026

Rabu, 2 September

Kita mempunyai Yehuwa. Maka janganlah takut terhadap mereka.​—Bil. 14:9.

Takut akan Yehuwa bermaksud kita begitu mengasihi-Nya sehingga tidak mahu melakukan apa-apa yang tidak disukai-Nya. Oleh itu, kita akan belajar untuk membezakan apa yang betul daripada apa yang salah, dan apa yang benar daripada apa yang palsu, agar dapat menggembirakan hati-Nya. (Ams. 2:​3-6; Ibr. 5:14) Jika kita lebih takut kepada manusia daripada takut kepada Tuhan, kita mungkin tersimpang daripada kebenaran. Perhatikan contoh 12 orang pemimpin suku Israel yang jadi pengintip di Tanah yang Dijanjikan. Sepuluh daripada mereka lebih takut kepada orang Kanaan daripada takut kepada Yehuwa. Oleh itu, mereka memberitahu orang Israel, “Kita tidak mampu melawan orang di sana, kerana mereka lebih kuat daripada kita.” (Bil. 13:​27-31) Dari sudut pandangan manusia, orang Kanaan memang kuat. Tetapi 10 orang pengintip itu lupa bahawa Yehuwa mampu membantu mereka. w24.07 9 ¶5-6

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2026

Khamis, 3 September

Mungkinkah Hakim bagi seluruh bumi bertindak dengan tidak adil?​—Kej. 18:25.

Dapatkah kita yakin sepenuhnya bahawa setiap kali Yehuwa menghakimi orang, Dia pasti buat keputusan yang betul? Ya! Abraham tahu bahawa Yehuwa ialah “Hakim bagi seluruh bumi” yang berbelas kasihan, sempurna, dan bijaksana. Dia sudah melatih Yesus dan memberinya tanggungjawab untuk menghakimi semua orang. (Yoh. 5:22) Yehuwa dan Yesus dapat membaca hati manusia. (Mat. 9:4) Maka setiap kali mereka menghakimi orang, mereka pasti berlaku adil! Ingatlah, kita tidak layak menghakimi orang! (Yes. 55:​8, 9) Maka, kita akan menyerahkan semua kerja penghakiman kepada Yehuwa dan Yesus. Kita juga yakin bahawa Yesus akan mencerminkan keadilan dan belas kasihan Bapanya dengan sempurna.​—Yes. 11:​3, 4. w24.05 7 ¶18-19

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2026
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi