PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Hari Ini

Rabu, 2 September

Kita mempunyai Yehuwa. Maka janganlah takut terhadap mereka.​—Bil. 14:9.

Takut akan Yehuwa bermaksud kita begitu mengasihi-Nya sehingga tidak mahu melakukan apa-apa yang tidak disukai-Nya. Oleh itu, kita akan belajar untuk membezakan apa yang betul daripada apa yang salah, dan apa yang benar daripada apa yang palsu, agar dapat menggembirakan hati-Nya. (Ams. 2:​3-6; Ibr. 5:14) Jika kita lebih takut kepada manusia daripada takut kepada Tuhan, kita mungkin tersimpang daripada kebenaran. Perhatikan contoh 12 orang pemimpin suku Israel yang jadi pengintip di Tanah yang Dijanjikan. Sepuluh daripada mereka lebih takut kepada orang Kanaan daripada takut kepada Yehuwa. Oleh itu, mereka memberitahu orang Israel, “Kita tidak mampu melawan orang di sana, kerana mereka lebih kuat daripada kita.” (Bil. 13:​27-31) Dari sudut pandangan manusia, orang Kanaan memang kuat. Tetapi 10 orang pengintip itu lupa bahawa Yehuwa mampu membantu mereka. w24.07 9 ¶5-6

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2026

Khamis, 3 September

Mungkinkah Hakim bagi seluruh bumi bertindak dengan tidak adil?​—Kej. 18:25.

Dapatkah kita yakin sepenuhnya bahawa setiap kali Yehuwa menghakimi orang, Dia pasti buat keputusan yang betul? Ya! Abraham tahu bahawa Yehuwa ialah “Hakim bagi seluruh bumi” yang berbelas kasihan, sempurna, dan bijaksana. Dia sudah melatih Yesus dan memberinya tanggungjawab untuk menghakimi semua orang. (Yoh. 5:22) Yehuwa dan Yesus dapat membaca hati manusia. (Mat. 9:4) Maka setiap kali mereka menghakimi orang, mereka pasti berlaku adil! Ingatlah, kita tidak layak menghakimi orang! (Yes. 55:​8, 9) Maka, kita akan menyerahkan semua kerja penghakiman kepada Yehuwa dan Yesus. Kita juga yakin bahawa Yesus akan mencerminkan keadilan dan belas kasihan Bapanya dengan sempurna.​—Yes. 11:​3, 4. w24.05 7 ¶18-19

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2026

Jumaat, 4 September

Yehuwa membenci orang yang licik, tetapi Dia akrab dengan orang yang melakukan apa yang benar.​—Ams. 3:32.

Kita dapat belajar tentang pentingnya mempunyai hati yang tulus daripada apa yang berlaku semasa Yesus berjumpa dengan Natanael buat kali pertama. Semasa Filipus membawa Natanael untuk berjumpa dengan Yesus, Yesus berkata, “Lihatlah, orang Israel sejati yang hatinya bebas daripada tipu daya.” (Yoh. 1:47) Ketulusan Natanael amat luar biasa. Seperti kita, Natanael juga tidak sempurna. Namun Yesus memujinya kerana dia tidak berpura-pura atau bersikap muka dua. Kebanyakan syarat bagi tetamu Yehuwa yang tersenarai di Mazmur 15 berkaitan dengan cara kita melayan orang lain. Contohnya, Mazmur 15:3 menyatakan bahawa tetamu Yehuwa haruslah “tidak memfitnah dengan kata-katanya,” “tidak berbuat jahat terhadap orang lain,” dan “tidak memburuk-burukkan nama sahabatnya.” Jika kita memfitnah orang lain, kita akan menyakiti mereka.​—Yak. 1:26. w24.06 10 ¶7, 9; 11 ¶10

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2026
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi